沉浸在創想與技藝的美好時光;安靜,美好的物和美好的情,正在誕生。沉浸在創想與技藝的美好時光;安靜,美好的物和美好的情,正在誕生。說故事,聽故事,也是這樣的一種心靈狀態;可是,故事是什麼?故事,究竟又是為了什麼?

Feature Photo: ... by Shoaib www.facebook.com/mirza.m.shoaib

Shoaib: Work as a flower breeder, do bit of photography and think very widely!! Life is wonderful!...have a great life!!

Rating:
  • Currently 5/5 stars.

Views: 357

Comment

You need to be a member of Iconada.tv 愛墾 網 to add comments!

Join Iconada.tv 愛墾 網

Comment by Rajang 左岸 on February 11, 2024 at 4:15pm

(Con't fr above) Addressing the art of what’s possible, Steve Altmiller summarizes his experience with storytelling this way, ‘‘Before we started our storytelling work, the reaction to most of the things in our experience strategy plan was ‘You can’t do that in Farmington.’After Raiders  and Sphinx, we are doing all of the things in the plan. That’s a big difference.’’



So the key message executives should take away from this story on stories is this: Don’t just  spend countless hours, valuable brain cells, and barrels full of money doing the research,  analysis, goal-setting, and implementation planning necessary to come up with an industry-altering strategy. If you want your change message to actually take hold– if you want it to transform how things are done in your world– then weave your message about the new strategy into a compelling and memorable story. When more leaders immerse their employees in compelling and inspirational strategy stories, more companies will thrive happily ever after.

(How storytelling can drive strategic change,  Article  in  Strategy and Leadership · January 2006 [DOI: 10.1108/10878570610637876], Four Author including: Notes:  1. B. Joseph Pine II and James H. Gilmore (1999), The Experience Economy: Work Is Theatre & Every Business a Stage, Harvard Business School Press, Boston, MA, chapter 10 in particular. 2. Stephen Denning (2000), The Springboard: How Storytelling Ignites Action in Knowledge-Era Organizations, Butterworth-Heinemann, Woburn, MA, p. xiii.  Corresponding author: Gary Adamson is the corresponding author and can be contacted at: gary@starizon.org)

Comment by 卡萊爾的書包 on February 3, 2024 at 11:35am


Lap of Luxury – Origin & Meaning by Candace Osmond

What does lap of luxury mean? I can assure you it doesn’t involve a luxury lap pool or a lap-sized serving of luxury chocolates. We use this phrase in English to describe a condition of amazing comfort and extravagance. So, let’s dive into the plush cushions of this idiom, explore its origin, and look at some alternative ways to say it and how to use it in a sentence.

The idiom lap of luxury is meant to describe a state of opulence or extravagant comfort. Picture this: lounging on a sun-kissed beach, sipping cocktails, with no worries in the world. That’s the lap of luxury. It’s where many of us aspire to be, but few find ourselves.

I often think of my trip to Cuba years ago. I’d just had my second kid, and work was crazy, so the trip was well-deserved. We stayed at a five-star resort, had zero responsibilities or places to be, and food and drinks were brought to us by the pool each day. That was the lap of luxury, and I’ll never forget it!

(Source: https://grammarist.com)

Comment by 卡萊爾的書包 on February 3, 2024 at 12:55am
Comment by 卡萊爾的書包 on January 29, 2024 at 4:25pm


Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan: Suatu Perbandingan di Malaysia dan Singapura


ABSTRACTS

This essay will discuss the role of oral literature in Malaysia and Singapore’s tourism. Oral literature, either in the form of common short stories, or in the form of legends has a wider function in the contemporary era. In the past it was a tool of entertainment. However today it has become a point in attracting tourists. Looking at Mohd Khalid Taib’s (1991) and Trevor’s (2009) views, this essay intends to present a few oral stories that have been attracting tourists to Malaysia or Singapore. From Malaysia’s side, the stories chosen are from Pulau Langkawi and Gunung Jerai in Kedah. While in Singapore the focus is on a few islands that have become tourist locations. The second objective of this essay is to look into how the oral stories are used as attractions and later uploaded to websites, or how the story is rewritten at a certain place or built as a monument to give a visual picture of the story. This comparative approach allows to inspect how these oral literature is manipulated for tourism purpose.

Keywords: Oral story; legends; tourism; Malaysia; Singapore; approach

PENDAHULUAN

Folklore atau Oral Tradition atau Tradisi Lisan (lihat Dundes 1965 dan Mohd Taib Osman 1982) merupakan satu konsep yang merujuk kepada segala bentuk kesenian dan kepakaran yang ada sesuatu masyarakat. Sama ada folklore atau Tradisi Lisan, di dalamnya terkandung cerita-cerita lisan / cerita rakyat, persembahan, seni pertukangan / kraf, lagu-lagu rakyat, puisi rakyat, jenaka, teka teki dan banyak lagi. Kepakaran tersebut dimiliki oleh sesuatu masyarakat dan bersifat tempatan, yakni ia tidak secara meluas dan hanya diketahui oleh masyarakat pemilik sahaja. Kepakaran dan kesenian ini juga lazimnya dikuasai dan diperturunkan kepada satu generasi kepada satu generasi secara lisan.

(Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan: Suatu Perbandingan di Malaysia dan Singapura ; Oral Story as Source for Tourism: A Comparative between Malaysia and Singapore ;by Mohamad Luthfi Abdul Rahman;International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015: 19 - 27 [http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2015-0303-02])

Comment by 卡萊爾的書包 on January 29, 2024 at 11:18am

Kebiasaannya tidak ada sebarang pengajian formal untuk perwarisan ini dalam konteks yang sebenar. Makalah ini hanya akan memfokuskan dan dibatasi kajian kepada cerita lisan sepenuhnya atau disebut sebagai folktales (Dundes 1965). Terdapat pelbagai bentuk genre dalam kesusasteraan lisan di alam Melayu. Ada cerita lisan yang panjang dan dituturkan oleh seorang tukang cerita yang biasanya dipanggil penglipur lara. Cerita sebegini dikatakan sebagai cerita lipur lara jika ia berfungsi untuk member hiburan kepada khalayak pendengarnya (Mustafa Mohd Isa 1987). Ada juga cerita lisan yang memerihalkan tentang seseorang tokoh tertentu yang dipercayai benar-benar hidup suatu masa dulu. Tokoh ini pula secara kelazimannya memiliki beberapa keistimewaan yang tidak ada pada manusia biasa, ini disebut sebagai cerita legenda. Ada juga cerita lisan yang lebih mendapat perhatian dan penghormatan daripada masyarakat yang memiliki dan mewarisi cerita tersebut. Mereka menganggapnya sebagai suci dan sakral serta tidak boleh dibuat sembarangan terhadap cerita tersebut.

Cerita yang dianggap mitos seperti itu seringkali memerihalkan tentang sesuatu makhluk, jin atau sebarang watak yang dianggap sebagai penaung atau pelindung kepada masyarakat mereka. Cerita sebegini banyak terdapat di kalangan masyarakat Orang Asli kerana adakalanya terdapat ritual tertentu yang dilakukan berkaitan dengan watak dalam cerita mitos tersebut (lihat Mohamad Luthfi Abdul Rahman 2008).

Namun, di sebalik cerita-cerita lisan yang besar dan bersifat elit dalam konteks yang tersendiri, masyarakat di Nusantara ini sebenarnya turut memiliki cerita-cerita lisan yang pendek dan korpus ini sangat besar kerana boleh dikatakan ia berada di semua tempat:

…memang terdapat cara berseni dalam menutur cerita berdasarkan pengalaman kami sendiri merakamkan, dengan pita rakaman, cerita-cerita dari Tuk Selampit, Awang Batil ataupun Cik Ti di Hulu Tembeling. Penceritaan mereka ini berbeza daripada ibu kita bercerita tentang cerita-cerita teladan atau cerita binatang pendek ataupun penceritaan yang berlaku di sekeliling unggun api di kalangan kumpulan-kumpulan pembalak atau pemungut hasil hutan di rimba raya. Amin Sweeney member istilah ‘stylized’ bagi penceritaan oleh penglipur lara, sementara ‘non-stylized’ bagi penceritaan dalam bahasa lisan sehari-hari bagi cerita-cerita pendek seperti lelucon atau cerita binatang (Mohd. Taib Osman dalam Hassan Ahmad 2004:1xi).

Bertitik tolak daripada pandangan ini jelas bahawa cerita lisan pendek yang dituturkan oleh orang tua-tua di kampung sebenarnya mempunyai kedudukannya yang tinggi. Ia bukanlah sekadar cerita-cerita hiburan sebaliknya mengandungi rakaman silam tentang sesuatu masyarakat (lihat Jamilah Hani 2010). Cerita lisan pendek sebegini adakalanya menceritakan tentang asal usul sesuatu kejadian, asal usul nama tempat, memerihalkan tentang sesuatu peristiwa aneh yang pernah berlaku dan juga kisah tentang tokoh-tokoh tempatan yang pernah menjadi kenangan penduduk setempat kerana memiliki keistimewaan atau jasa bakti tertentu kepada masyarakat kampung berkenaan.

Comment by 卡萊爾的書包 on January 29, 2024 at 12:11am


CERITA LISAN DAN PELANCONGAN

Jika ditinjau dari kajian yang terdahulu, Haron Daud (2011) pernah memperkatakan tentang perkaitan antara tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia. Beliau telah menyarankan beberapa perkara supaya setiap tradisi lisan itu diangkat kembali dan ditempatkan di suatu tempat seperti perkampungan budaya untuk menarik kedatangan pelancong. Walau bagaimanapun, kajian Haron Daud tersebut hanya memfokuskan kepada tradisi lisan yang berbentuk persembahan sahaja seperti dikir barat, mak yong, main puteri, boria, wayang kulit dan lain-lain lagi.

Kelainannya, makalah ini secara lebih khusus akan memfokuskan cerita lisan atau sesetengahnya yang bersifat legenda yang berkaitan dengan sesuatu tempat yang terkenal sebagai tempat pelancongan di zaman kini sama ada di Malaysia dan di Singapura.

Jika difikirkan, agak aneh untuk mengaitkan keduadua bidang yang kelihatannya agak berbeza dari sudut dan perspektifnya. Hal ini pernah disuarakan secara sinis oleh Haron Daud (2011) apabila beliau menyebut:

Dalam konteks Malaysia didapati hubungan tradisi lisan dengan pelancongan semacam dipisahkan oleh satu jurang yang dalam dan luas, dan dalam situasi hidup mati. Pelancongan sedang berkembang maju sedangkan tradisi lisan sedang mencari lubang kubur untuk disemadikan.

Pada hakikatnya memang agak asing jika dibandingkan kedua-dua bidang ini, apatah lagi untuk digandingkan bagi menjalankan satu peranan yang besar. Namun demikian, jika dilihat dari satu sudut yang positif, cerita lisan yang berbentuk naratif sememangnya mampu menarik perhatian khalayak.

Segala yang berbentuk cerita mampu memberikan hiburan dan tatapan kepada khalayak sama ada di zaman silam ataupun di zaman kontemporari. Media hiburan seperti filem atau drama pun sememangnya bertolak daripada cerita. Hanya bagaimana kaedah cerita lisan itu dimanfaatkan untuk pelancongan sahaja yang menjadi cabarannya. Dalam konteks pelancongan pula, cerita lisan mempunyai perkaitan apabila sesuatu tempat yang dikunjungi itu turut memiliki cerita yang tersendiri. Cerita itu pula bukanlah cerita yang baru tetapi cerita-cerita yang telah diungkapkan oleh masyarakat silam dan ia diketahui oleh masyarakat setempat. Cerita-cerita yang berkaitan dengan sesuatu tempat pelancongan yang menarik seolaholah muncul sebagai satu pakej. Apatah lagi jika ia mempunyai beberapa bentuk muka bumi atau unsur alam yang agak aneh dan seterusnya ada cerita yang menghuraikan dan menerangkan keadaan tersebut. Cerita-cerita lisan yang berkait dengan sesuatu tempat itu memang pernah diungkapkan oleh beberapa pengkaji sebelum ini.

Comment by 卡萊爾的書包 on January 27, 2024 at 3:14pm

Mohd Khalid Taib (1991) telah menggariskan beberapa kategori kecil dalam menentukan sifatsifat cerita atau legenda asal usul sesuatu tempat:

  1. Berunsur historiografik: masih rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan
  2. Berunsur tokoh istimewa: tokoh yang menjadi pengasas di sesuatu tempat, memiliki kuasa luar biasa seperti memiliki sifat wali atau keramat

    3. Berunsur tanda-tanda alam yang masih dapat dilihat pada bentuk-bentuk tertentu pada sisi alam semula jadi

    4. Berunsur cerita orang tua-tua: tokoh, aksi watak, latar masa, dan latar tempat lebih mirip kepada apa yang wujud dalam genre cerita rakyat.

Dalam konteks cerita lisan di Malaysia dan Singapura yang dikaji banyak berkaitan dengan ciri ketiga dan keempat iaitu penamaan tempat yang berkaitan dengan bentuk muka bumi seperti Cerita Gunung Mat Cincang di Langkawi yang dikaitkan dengan rupa bentuk gunung dan juga Cerita Pulau Ubin di Singapura yang dikaitkan batu-batu di pulau tersebut. Manakala ciri keempat pula lebih mendominasi cerita-cerita lisan ini kerana kebanyakannya memang kisah-kisah yang mempunyai plot, watak, aksi yang menarik dan mendebarkan. Ciri ini jelas terpapar dalam Cerita Pulau Kusu mengisahkan tentang watak binatang dan manusia yang bertemu dalam keadaan genting di laut, manakala Cerita Merlion di Singapura juga turut memunculkan watak sejenis makhluk aneh yang berjaya menentang kuasa alam. Cerita Mahsuri, Batu Kapal dan Tok Syeikh di Kedah pula menjelmakan watak seorang wanita yang luar biasa, watak gergasi yang boleh menyumpah menjadi batu dan juga watak orang alim yang dianggap keramat. Berikut adalah beberapa cerita lisan berkaitan pelancongan yang dikumpul melalui kajian lapangan / wawancara informan dan juga melalui koleksi yang termuat dalam beberapa laman web.

SINGAPURA CERITA PULAU KUSU (KUSU ISLAND)

Diceritakan pada awal abad ke-19 dua orang pengamal agama telah datang ke Pulau Kusu untuk tujuan pertapaan. Seorang Arab bernama Dato Syed Rahman dan seorang Cina bernama Yam. Suatu hari Yam jatuh sakit. Makanan mereka juga mula kehabisan. Syed Rahman tidak tinggalkan Yam keseorangan dan terus berdoa untuk kesembuhan Yam. Secara tiba-tiba muncul sebuah kapal yang penuh dengan makanan dan Yam pula sembuh sepenuhnya. Mereka anggap pulau tersebut penuh dengan kebaikan.

Dalam satu lagi versi, dikatakan dua orang nelayan, sorang Melayu dan seorang Cina telah dilanda ribut yang kuat dan tercampak ke laut. Namun secara tiba-tiba muncul seekor kura-kura gergasi dan menjelma sebagai sebuah pulau. Nelayan tersebut berjaya naik ke pulau tersebut dan selamat daripada lemas. Untuk membalas jasa kurakura yang dianggap suci itu mereka telah membina tempat ibadat untuk orang Cina dan juga tempat ibadat untuk Orang Melayu di atas pulau tersebut.

CERITA PULAU UBIN

Pada zaman dahulu dikatakan ada tiga ekor binatang iaitu gajah, katak dan khinzir telah mencabar antara satu sama lain untuk berenang menyeberangi ke pantai Johor dari Singapura. Namun mereka berjanji, sesiapa yang gagal akan menjadi batu. Percubaan oleh katak telah gagal, katak akhirnya bertukar menjadi batu dan itulah Pulau Sekudu (Pulau Katak).

Manakala gajah dan khinzir juga gagal menyeberangi dan kedua-duanya bertukar menjadi batu serentak dan itulah terjadinya Pulau Ubin. Nama ubin itu sendiri dikaitkan dengan batu-batu.

Comment by 卡萊爾的書包 on January 25, 2024 at 9:02pm

MERLION

Diceritakan pada suatu malam penduduk yang tinggal di selatan laut Temasek terkejut dengan ribut yang kuat dan ombak yang sangat ganas. Awam hitam telah muncul dan menutup sinaran bulan sehingga keadaan menjadi gelap gelita. Penduduk yang ketakutan hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka.

Namun tiba-tiba kelihatan satu cahaya di tengah laut muncul. Muncul kelibat satu makhluk aneh iaitu separuh badan singa dan separuh ikan sedang mengaum ganas seakan-akan sedang mencabar alam yang gelap itu. Alam terus menyerang makhluk tersebut dengan kilat dan halilintar. Penduduk sangat takut dan tidak pernah melihat fenomena tersebut. Lama-kelamaan alam kembali cerah dan ribut berhenti serta air laut menjadi tenang semula. Makhluk itu meraikan kejayaannya dengan berdiri di atas Gunung Imbiah di Pulau Belakang Mati atau Pulau Sentosa sehingga keesokan harinya. Selepas itu Merlion kembali ke laut dengan meninggalkan jejak yang bercahaya di belakangnya.

Namun demikian, ada versi cerita Merlion yang lain. Merlion itu dikatakan seekor binatang yang ditemui oleh Sang Nila Utama semasa pembukaan Temasek. Kepala singa itu sebagai simbol kemegahan negara, manakala ekor ikan itu sebagai simbol Singapura sebagai pelabuhan terkenal. (dilakarkan berhampiran patung Merlion)


MALAYSIA
CERITA LEGENDA MAHSURI DI PULAU LANGKAWI

Mahsuri merupakan seorang wanita yang telah difitnah oleh seorang penghulu yang bernama Wan Yahaya dan memakai gelaran Datuk Pekerma Jaya.

Punca fitnah adalah atas dasar iri hati isteri penghulu tersebut iaitu Wan Mahora kerana Mahsuri seorang yang cantik dan sering mendapat perhatian ramai

lelaki termasuk suaminya. Mahsuri telah difitnah berkelakuan sumbang dengan seorang perantau ketika suami Mahsuri tiada di rumah. Tanpa usul periksa penghulu telah jatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri. Semasa ditikam darah putih telah memancut keluar dan ketika itulah Mahsuri telahmenyumpah Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan.

CERITA GUNUNG MAT CINCANG DI PULAU

LANGKAWI

Dipercayai zaman dahulu ada dua orang yang gagah perkasa. Ada versi mengatakan mereka itu gergasi yang bernama Mat Cincang dan Mat Raya. Suatu masa kedua-dua anak mereka ingin berkahwin.

Maka segala persiapan dan makanan disediakan dengan begitu hebat. Namun tiba-tiba berlaku pergaduhan besar antara Mat Cincang dan Mat Raya. Akibat amukkan itu habis belanga di lempar ke bawah oleh Mat Cincang. Belanga itu jatuh ke bawah dan pecah. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Belangan Pecah. Kemudian dilempar juga bekas makanan dan tumpah semua kuah yang telah dimasak. Kuah itu mengalir dan terhimpun di suatu tempat, itulah dinamakan pekan Kuah sekarang.

Mat Raya pula lemparkan cincin pertunangan dan jatuh ke dalam laut. Lalu tempat itu dinamakan Selat Cincin. Selepas itu muncul seorang bernama Mat Sawar yang menenangkan pergaduhan itu. Sebab itulah antara Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya, di tengah-tengahnya ada satu Bukit Sawar. (Con't Below)

Comment by 卡萊爾的書包 on January 24, 2024 at 10:28pm

LEGENDA BATU KAPAL DI GUNUNG JERAI, KEDAH

Gunung Jerai di Kedah juga menyimpan pelbagai kisah. Antara cerita legenda Batu Kapal. Dikatakan zaman dahulu ada seekor gergasi yang bernama Sang Kelembai yang boleh menyumpah sesuatu menjadi batu. Antara yang disumpahnya ialah sebuah kapal yang besar. Sehingga sekarang batu besar yang menyerupai kapal masih dapat dilihat di kawasan Gunung Jerai ini. Selain batu berbentuk kapal, kelihatan juga beberapa imej menyerupai kepala manusia, ikan , jari-jari yang besar dan banyak lagi yang kesemuanya adalah batu. Kawasan sumpahan ini dianggap sebagai kawasan atau wilayah.

LEGENDA TOK SYEIKH DI GUNUNG JERAI, KEDAH

Selain wilayah hitam, di Gunung Jerai juga ada wilayah putih. Wilayah ini dianggap dihuni oleh orang alim yang bernama Syeikh Abdullah Yamani. Kawasan ini ada sebuah padang yang

agak luas dan juga sebuah telaga yang dikaitkan dengan tempat tinggal Syeikh tersebut ketika beliau datang ke Gunung Jerai. Kawasan padang tersebut dikatakan tempat beribadat dan dianggap suci. Namun Syeikh itu mula ghaib selepas ada pihak luar mula mengunjungi tempat tersebut untuk tujuan khurafat. Walau bagaimanapun, akan berlaku beberapa kejadian aneh di kawasan itu jika ia cuba disalahgunakan. Sehingga kini kawasan lapang berbatu itu dipanggil ‘Padang Tok Syeikh’.

KAEDAH PAPARAN CERITA LISAN UNTUK TARIKAN PELANCONGAN
CERITA LISAN DALAM LAMAN WEB PELANCONGAN

Cerita-cerita lisan yang dipaparkan di atas secara khusus telah digunakan sebagai salah satu sumber tarikan pelancongan di beberapa tempat di Malaysia dan Singapura. Walaupun peranannya tidak standing dengan promosi besar-besaran yang dilakukan agensi berkaitan, namun penggunaancerita lisan ini mampu memberikan keunikan kepada tempat-tempat yang berkenaan. Makalah ini cuba mempamerkan dan membuktikan bahawa cerita-cerita lisan ini benar-benar telah digunakan sebagai promosi pelancongan dan bukan atas dasar interpretasi atau andaian semata-mata untuk mengaitkan fungsi tersebut.

Cerita-cerita lisan ini telah dimasukkan dalam beberapa laman web tertentu yang mempromosikan pelancongan secara khusus. Kebiasaannya setiap tempat yang menjadi tumpuan pelancong pastinya ada laman webnya tersendiri untuk mempromosikan tempat berkenaan. Justeru, ada beberapa laman web sedemikian yang memasukkan cerita lisan atau legenda berkaitan tempat yang sedang dipromosikan itu. Dalam era kontemporari kini, penggunaan media baru seperti web pelancongan ini sangat berkesan kepada khalayak umum atau kumpulan sasaran. Maklumat lengkap, warna-warni dan segala bentuk promosi mampu menarik perhatian umum.

Maka, cerita lisan yang dimasukkan bersama di dalamnya menjadikan tempat itu lebih unik dan istimewa untuk menggamit pelancong.

Seorang sarjana folklore dari Barat, Alan Dundes pernah membayangkan situasi di mana cerita lisan atau folklore itu akan sampai kepada khalayak dengan penggunaan teknologi baru.

Pada pandangan beliau, teknologi itu tidak akan mengubah apa itu folklore tetapi hanya mengubah cara penyampaian kepada khalayak generasi baru sahaja (lihat Trevor 2009:29):

Alan Dundes was among the fi rst folklorists during the 1970s to spot the computer’s leavening folklore. “So isn’t stamping out folklore; rather it is becoming a vital factor in the transmission for the generation of new folklore and it is providing an exciting source of inspiration for the generation of new folklore”.

Comment by 卡萊爾的書包 on January 23, 2024 at 10:51pm

Di Singapura, cerita lisan tentang Merlion telah dimuat naik dalam laman web Pulau Sentosa. Pulau Sentosa yang sangat terkenal sebagai tumpuan pelancong turut ketengahkan cerita lisan dalam web mereka sebagai salah satu tarikan kepada tempat berkenaan. Khalayak umum atau bakal pelancong yang melihat web tersebut secara tidak langsung akan mengetahui serba ringkas tentang kisah makhluk aneh tersebut. Cerita-cerita aneh sedemikian sedikit sebanyak akan menambah minat dan mendorong pelancong untuk melihatnya lebih dekat. Pengetahuan dan maklumat tentang cerita ini bukan sahaja terbatas kepada warga Singapura tetapi teknologi maya sedemikian mampu menerobos ke seluruh dunia.

RAJAH 1. Laman Web Pelancongan Berkaitan Merlion

Kisah Pulau Ubin tentang perlumbaan binatang menyeberangi laut antara Singapura dan Johor juga turut ditonjolkan dalam salah satu web mempromosi pelancongan di Pulau Ubin. Dalam web http://www.wildsingapore.com secara jelas memaparkan cerita tersebut pada bahagian atas web tersebut.

Cerita lisan yang turut berkaitan dengan bentukbentuk batu yang terdapat di Pulau Ubin tersebut sememangnya unik untuk diketahui oleh pelancong.

Keadaan batu-batu di situ seolah-olah ada cerita di sebaliknya. Dalam konteks ini cerita lisan itu dapat divisualisasikan melalui unsur alam yang wujud di sekitar pulau berkenaan.

愛墾網 是文化創意人的窩;自2009年7月以來,一直在挺文化創意人和他們的創作、珍藏。As home to the cultural creative community, iconada.tv supports creators since July, 2009.

Videos

  • Add Videos
  • View All