Skop

Industri kreatif boleh dibahagikan kepada beberapa kategori industri
seperti berikut:
Industri Kreatif Multimedia
Industri ini terdiri daripada industri-industri yang mengaplikasikan kemajuan
teknologi terkini dalam menghasilkan produk-produk kreatif. Antara industri
di bawah kategori ini adalah:
(i) Penerbitan Filem dan TV;
(ii) Pengiklanan;
(iii) Seni Reka; dan
(iv) Animasi dan Kandungan Digital.

Industri Kreatif Seni Budaya
Industri ini ialah industri-industri yang berkaitan dengan penghasilan
karya-karya seni yang bercirikan budaya Malaysia seperti:
(i) Kraf;
(ii) Seni Visual;
(iii) Seni Muzik;
(iv) Seni Persembahan;
(v) Penulisan Kreatif; dan
(vi) Fesyen dan Tekstil.

aktiviti muzium, arkib, pemulihan dan pemuliharaan.
Dasar Industri Kreatif Negara merangkumi kesemua bidang industri kreatif
di atas yang dapat menjana pendapatan termasuk industri sokongan yang
berkaitan seperti pengedaran dan pemasaran.
MATLAMAT
Dasar ini bermatlamat menjadikan industri kreatif negara berdaya saing
dan dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan
memartabatkan budaya bangsa.
OBJEKTIF
DIKN bertujuan untuk menyediakan satu pelan hala tuju pembangunan
industri kreatif yang komprehensif bagi mencapai matlamat seperti berikut:
(i) Menjadikan industri kreatif sektor dinamik yang dapat meningkatkan
sumbangan kepada KDNK negara dan seterusnya menyumbang
kepada ekonomi berpendapatan tinggi (high-income economy);

(ii) Menyokong pembangunan industri kreatif yang berdaya saing, berdaya
maju dan berdaya tahan di peringkat domestik dan antarabangsa;
(iii) Menyediakan kemudahan, prasarana dan meningkatkan persekitaran
yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri kreatif
tempatan;
(iv) Memacu pertumbuhan dan pengiktirafan harta intelek dalam industri
kreatif melalui program latihan dan akreditasi;
(v) Membangunkan dan memanfaatkan teknologi sebagai pemangkin
industri kreatif; dan
(vi) Mencambah sumber maklumat dan mengetengahkan perlambangan
budaya tempatan serta identiti kebangsaan ke peringkat global.

dan sosiobudaya sesebuah negara. Kedua-dua elemen tersebut
mempunyai potensi untuk:
(i) Menjana kekayaan negara, mewujudkan peluang pekerjaan,
memanfaatkan sepenuhnya kandungan kreatif dan memelihara harta
intelek;
(ii) Mencungkil dan mengetengahkan bakat, meningkatkan kepakaran
serta kreativiti dalam industri kreatif;
(iii) Mengeksport hasil kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa bagi
promosi negara; dan
(iv) Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hasil industri kreatif
bagi memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kelembapan industri kreatif negara pada masa ini didorong oleh
beberapa faktor seperti struktur industri kreatif yang tidak tersusun dan
terancang, ketiadaan integrasi yang menyeluruh dan hala tuju yang jelas.
Selain itu, faktor-faktor yang turut mengekang perkembangan industri ini
ialah kekurangan tenaga kerja yang mahir, saiz industri yang kecil serta tidak
kompetitif dan persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa industri ini
tidak dapat menjamin pendapatan yang tetap.

PERKEMBANGAN INDUSTRI KREATIF DI NEGARANEGARA
LUAR
Negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Jerman, Sepanyol,
Singapura dan beberapa negara di rantau Asia lain telah lama menerokai
bidang industri kreatif. United Kingdom dianggap perintis kepada industri ini
dan definisi mereka turut diguna pakai oleh negara Jepun.
UK Government Department for Culture, Media and Sports (DCMS)
mendefinisikan industri kreatif sebagai industri-industri yang melibatkan
kreativiti individu, keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi kekayaan
serta penciptaan peluang pekerjaan melalui janaan dan eksploitasi harta
intelek (DCMS 2001, p. 04).
Berdasarkan definisi ini, United Kingdom telah mengklasifikasikan 13
bidang di bawah industri kreatif iaitu iklan, seni bina, pasaran seni dan
antik, pertukangan, seni reka, seni reka fesyen, filem dan video, muzik, seni
persembahan, penerbitan, pembangunan aplikasi komputer, televisyen dan
radio serta permainan komputer.

London Creative Industry Policy telah menggariskan 5 peringkat dalam
menjayakan industri kreatif. Peringkat pertama: Mengenal pasti sektor kreatif,
pihak berkuasa/bertanggungjawab dan struktur dasar sedia ada. Peringkat
Kedua: Proses pengumpulan maklumat, pandangan, model kajian sedia
ada dan merangka dasar kreatif. Peringkat Ketiga: Mengenal pasti peluang,
kaedah pembiayaan, struktur perundangan dan pasaran. Peringkat Keempat:
Lawatan ke tempat/acara/pameran berkaitan industri kreatif seperti London
Design Festival dan mempelajari penganjuran acara sedemikian untuk
menyemarakkan industri kreatif tempatan. Peringkat Kelima: Pelaksanaan
dasar yang menampakkan hasil akan menarik lebih ramai pengusaha baru
industri kreatif.
Negara Jepun mengguna pakai definisi United Kingdom tetapi bidang
industri kreatifnya adalah berbeza. Bidang industri kreatif yang dikenal pasti
oleh Jepun ialah pengiklanan, seni bina dan kejuruteraan, pasaran antik,
barangan lacquer, seni reka (rekaan industri, seni kraf, rekaan dalaman,
rekaan pakaian, rekaan tekstil, rekaan fesyen); filem dan video; penerbitan,
jualan dan sewaan rakaman audio dan video; muzik dan seni persembahan, penerbitan, aplikasi komputer, televisyen dan radio, institusi kebudayaan,
akademik dan artis (Mitsuhiro Yoshimoto, 2003).
Korea juga telah membangunkan industri kreatif. Sebelum kegawatan
ekonomi 1997/98 pembangunan industri kreatif tertumpu di Seoul dengan
penglibatan syarikat-syarikat konglomerat. Selepas kegawatan, syarikatsyarikat
bersaiz kecil dan sederhana telah mengambil alih peranan memajukan
industri kreatif di negara berkenaan. Tumpuan pembangunan industri kreatif
di Korea adalah kepada permainan video, animasi dan filem. Perkembangan
industri kreatif di Korea adalah seiring dengan perkembangan ekonomi
negara berkenaan.
Australia telah menjadikan industri kreatif sebagai salah satu dasar di
peringkat nasional. Tumpuan pembangunan industri kreatif adalah kepada
pembangunan kandungan digital dan perisian komputer sebagai sokongan
kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan,
perkhidmatan kerajaan dan perniagaan. Antara dasar utama yang diguna
pakai oleh Australia pada masa ini ialah Australia’s Broadband Connectivity
yang dikendalikan oleh National Office for the Information Economy and Directory of Community, Industry and Tourism Australia. Di peringkat negeri
dan perbandaran seperti di Queensland dan Brisbane pula, terdapat juga
pembangunan industri kreatif yang sedang dibangunkan.
New Zealand telah mengenal pasti 3 sektor utama yang perlu diberi
penekanan dalam pembangunan ekonominya iaitu bioteknologi, ICT dan
industri kreatif. Bagi industri kreatif, tumpuan adalah kepada bidang penyiaran,
perfileman dan seni reka. Memandangkan New Zealand merupakan sebuah
negara yang kecil, bidang seni reka tidak dapat dianggap sebagai sektor
utama, sebaliknya adalah sektor sokongan kepada perkembangan industri
perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan. Objektif pembangunan
industri kreatif New Zealand ialah meningkatkan export dan kekal sebagai
anggota Organization for Economic Co-operation and Development
(OECD).
Di rantau ASEAN, Singapura mendahului negara-negara lain dalam
membangunkan industri kreatif secara terancang. Dasar Kerajaan Singapura
memberi penekanan kepada aspek seni, budaya dan kandungan audio
visual dalam pembangunan ICT di negaranya. Tumpuan pembangunan
industri kreatif Singapura adalah dalam bidang IT dan aplikasi komputer,
pengiklanan, penyiaran, penerbitan, seni rekaan dalaman, grafik dan
fesyen; perkhidmatan seni bina, kesenian, perdagangan antik dan kraf; seni
persembahan, perkhidmatan pawagam, seni reka industri dan fotografi.
Pelaburan dalam bidang ICT telah mengangkat kedudukan Singapura ke
tahap yang lebih tinggi di rantau ini. Penekanan juga diberikan kepada bidang
pendidikan sebagai pemangkin utama dan pelaburan jangka panjang dalam
pembangunan industri kreatif di Singapura.
Industri kreatif memberi impak kepada ketiga-tiga sektor ekonomi (primary,
secondary and tertiary) Singapura. Pada tahun 2000, sumbangan industri
kreatif Singapura dianggarkan bernilai S$2.98 bilion (RM6.9 bilion) atau 1.9%
daripada KDNK negaranya. Industri pengedaran yang berkait rapat dengan
industri kreatif, telah meningkat sebanyak S$2.02 bilion (RM4.7 bilion),
seterusnya menjadikan sumbangan keseluruhan industri hak cipta kepada
S$5 bilion (RM11.6 bilion) iaitu 3.2% daripada KDNK.
Dari segi pekerjaan, industri kreatif di Singapura memberi peluang
pekerjaan kepada 47,000 atau 2.2% daripada keseluruhan jumlah pekerjaan daripada sektor industri kreatif atau 31% daripada peluang pekerjaan
pada tahun 2000.
Produktiviti pekerja dalam industri kreatif dianggarkan bernilai S$63,543
(RM148,045) seorang, hampir menyamai purata produktiviti sektor
perkhidmatan yang dianggarkan berjumlah S$68,850 (RM160,410) seorang
pada tahun 2000.
Kerajaan Jerman dalam laporannya, Culture And Creative Industries in
Germany 2009 mencadangkan beberapa tindakan strategik bagi tujuan
memajukan industri kreatif seperti:
(i) Meningkatkan program sokongan yang sedia ada bagi memudahkan
syarikat-syarikat berasaskan inovasi berkembang dalam industri
kreatif;

(ii) Mewujudkan satu rangkaian sokongan pakar kepada para penggiat
utama industri kreatif;
(ii) Mendefinisikan dengan jelas konsep inovasi dalam industri budaya dan
kreatif;
(iv) Mewujudkan platform yang bersifat nasional untuk industri kreatif;
(v) Membangunkan kriteria penilaian kepada pihak Bank dan institusi
kewangan yang merupakan sokongan utama industri;
(vi) Memastikan bantuan dan sokongan yang berterusan kepada industri
budaya dan kreatif yang sebelum ini tidak begitu menyerlah tetapi
berpotensi untuk dimajukan;
(vii) Meneruskan sokongan promosi dalam pameran-pameran dagangan
dan industri di peringkat antarabangsa;
(viii) Kerajaan melalui bank yang dilantik akan mewujudkan lebih banyak
bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mikro untuk membantu
industri-industri kreatif yang berskala kecil;
(ix) Memastikan perkembangan industri budaya dan kreatif ini sentiasa
dipantau; dan
(x) Memastikan kajian dan analisis berterusan untuk penambahbaikan
kepada struktur industri kreatif sedia ada.
Dalam memajukan industri kreatif di Sepanyol, Kementerian
Kebudayaannya telah memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
(i) Memberi bantuan kredit dengan kadar subsidi kepada industri-industri
budaya dan kreatif bagi mewujudkan perniagaan baru serta aktiviti
profesional dan juga dalam pembangunan industri kecil dan
sederhana;
(ii) Memberi bantuan dalam bentuk “subsidi jaminan kos” kepada
syarikat-syarikat yang memerlukan bantuan kewangan;
(iii) Menyalurkan pinjaman kewangan kepada projek perniagaan dan
industri budaya;
(iv) Mewujudkan geran modal untuk mempromosikan inovasi dan teknologi
kepada para penggiat industri kreatif;
(v) Mengadakan “CreArte Awards” untuk mempromosikan kreativiti di
peringkat sekolah; dan
(vi) Mewujudkan biasiswa di bawah Kementerian Kebudayaan untuk
latihan dan aktiviti yang berkaitan dengan industri kreatif.
Pengalaman negara-negara tersebut menunjukkan bahawa peranan
pihak Kerajaan dan swasta amat penting dalam usaha untuk memajukan
industri kreatif yang boleh memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk
memajukan industri berkenaan.
Dari segi peruntukan kewangan pula, Jepun menyediakan sejumlah 1.8
billion Yen (RM62.3 juta) untuk membangunkan industri kreatif di negaranya,
manakala di Thailand, sejumlah 178 juta Baht (RM17.7 juta) diperuntukkan
melalui pakej ransangan ekonomi bagi mempromosikan industri kandungan
kreatif negara mereka. Singapura pula melalui pelan induknya “Singapore
Fusion Media 2015” telah memperuntukkan S$500 juta (RM1.2 bilion)
untuk membangunkan industri kreatifnya dalam bentuk dana pelaburan,
termasuk modal daripada bank dan para pelabur strategik. Pelan induk ini
bermatlamat menjadikan Singapura sebagai hab media serantau, menarik
lebih ramai bakat dari luar dan dalam masa yang sama membina bakatbakat
tempatan.

Views: 238

Comment

You need to be a member of Iconada.tv 愛墾 網 to add comments!

Join Iconada.tv 愛墾 網

愛墾網 是文化創意人的窩;自2009年7月以來,一直在挺文化創意人和他們的創作、珍藏。As home to the cultural creative community, iconada.tv supports creators since July, 2009.

Videos

  • Add Videos
  • View All