POTENSI
Industri kreatif mampu menjana ekonomi melalui pulangan kewangan yang
dihasilkan daripada aktiviti industri berkenaan. Industri kreatif yang berkembang
mampu meningkatkan pelaburan dalam aspek-aspek yang berkaitan dan
industri sokongan. Antaranya melalui penubuhan syarikat-syarikat baru dalam
bidang perfileman, rakaman, percetakan, dan sebagainya. Manakala industri
sokongannya pula adalah seperti syarikat pengurusan acara, penyewaan
peralatan, sajian, dan sebagainya.
Pembangunan industri kreatif juga mampu meningkatkan dan
memantapkan syarikat-syarikat sedia ada sekaligus membuka ruang dan
peluang kerjaya dan seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran
di Malaysia.
Penekanan terhadap industri kreatif dapat membantu meningkatkan
bilangan dan tahap kepakaran penggiat industri ini. Sokongan padu Kerajaan
dan swasta serta persekitaran yang kondusif mampu menarik pakar kreatif
dari luar untuk menyumbang kemahiran mereka di negara ini. Industri kreatif
membuka lebih banyak peluang dan pilihan pekerjaan tanpa mengira latar
belakang dan taraf pendidikan.
Penyelidikan dan pembangunan sama ada fizikal atau bukan fizikal
amat penting dalam memajukan industri kreatif. Antara lain penyelidikan
fizikal meliputi prasarana, peralatan, teknologi, sumber manusia, sementara
penyelidikan bukan fizikal pula merangkumi pengisian dan teknik
penyampaian.
Penyelidikan berterusan boleh meningkatkan kreativiti dan membuka
ruang inovasi serta eksploitasi teknologi ke arah penghasilan produk-produk
baru, sebagai contoh bidang animasi yang menggabungkan seni filem, seni
lukis dan perisian komputer melalui platform multimedia.
Penyelidikan berterusan juga mampu meningkatkan mutu sesuatu produk
seterusnya membantu penjenamaan produk tempatan bagi tujuan pasaran
antarabangsa. Amat penting bagi Malaysia untuk memastikan produkproduk
industri kreatif tempatan dapat menyaingi produk-produk di pasaran
rantau ini.
Langkah mempaten produk industri kreatif boleh membantu usahausaha
pemasaran produk tersebut. Langkah ini juga boleh dianggap sebagai
usaha mengekalkan warisan seni budaya kerana industri kreatif yang mantap
mampu mengangkat seni budaya negara.
Budaya menghargai harta intelek juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia selaras dengan pembangunan industri kreatif. Usahausaha
meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek akan membantu
mengekalkan warisan negara sebagai hak milik negara, di samping menjamin
pulangan royalti kepada karyawan berkenaan.
Industri kreatif juga dapat mengukuhkan hubungan antarabangsa sama
ada dua hala mahupun pelbagai hala melalui perjanjian persefahaman dan
jaringan kerjasama modal insan, prasarana dan produk industri ini. Lawatan
budaya dan pertukaran modal insan mampu meningkatkan kemahiran
dan kepakaran dan pemindahan teknologi. Penghasilan produk usaha
sama mampu meningkatkan hubungan antara negara dan memastikan
perkongsian pengalaman dan pengetahuan bagi menghasilkan produk yang
lebih bermutu.
PERNYATAAN DASAR
Memperkasa industri kreatif negara secara menyeluruh berasaskan
kreativiti dan inovasi bagi menyumbang kepada ekonomi berpendapatan
tinggi melalui penghasilan produk berkualiti serta memartabatkan
warisan seni budaya.
STRATEGI
Strategi 1:
Memantapkan keupayaan modal insan dalam industri kreatif melalui latihan
kepakaran, pembelajaran dan peluang berkreatif.
Strategi 2:
Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan membangunkan institusi,
prasarana dan sokongan kewangan (insentif/dana/pelaburan).
Strategi 3:
Memastikan produk jenama Malaysia diterima dalam pasaran tempatan dan
mampu bersaing di pasaran serantau dan antarabangsa melalui promosi
secara berterusan.
Strategi 4:
Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan berterusan
dalam memajukan industri kreatif.
Strategi 5:
Menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi serta meningkatkan
kepakaran tempatan ke arah kemajuan dalam penciptaan produk dan karya
industri kreatif.
Strategi 6:
Menggalakkan penglibatan syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC) untuk
memberi sokongan berterusan dalam memajukan industri kreatif negara.
Strategi 7:
Memperkukuh industri sokongan/ hiliran.
Strategi 8:
Pengurusan, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang, akta,
peraturan, dan hak cipta untuk memantapkan proses kawal selia bagi setiap
produk dan karya industri kreatif.
Strategi 9:
Membangunkan harta intelek sebagai aset baru perniagaan.
Strategi 10:
Menyemai apresiasi dan persepsi positif dalam kalangan masyarakat
mengenai imej, potensi dan masa depan industri kreatif agar setaraf dengan
bidang profesional yang lain.
Strategi 11:
Memanfaatkan institusi-institusi kreatif Kerajaan, bukan Kerajaan dan NGO
sebagai rakan kongsi dalam membangunkan industri kreatif.

Views: 137

Comment

You need to be a member of Iconada.tv 愛墾 網 to add comments!

Join Iconada.tv 愛墾 網

愛墾網 是文化創意人的窩;自2009年7月以來,一直在挺文化創意人和他們的創作、珍藏。As home to the cultural creative community, iconada.tv supports creators since July, 2009.

Videos

  • Add Videos
  • View All