Program MySeniBudaya

Pengenalan

Program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) merupakan program teras JKKN di peringkat negeri yang mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.

PEMULIHARAAN SENI BUDAYA

Program Pelancongan Budaya merupakan platform dalam memelihara seni budaya setempat untuk tatapan generasi baharu dan tarikan pelancongan seperti hadrah, jikey, mek mulung, dikir barat, wayang kulit, sukan rakyat, dan sebagainya

PENGLIBATAN GENERASI MUDA

Menggalakkan proses pengembangan dan pencungkilan bakat baru dalam bidang seni budaya seperti dikir barat, mak yong, tarian, pergendangan silat, persembahan boria dan lain-lain

Program utama negeri dan program sauh dalam merancakkan pelancongan domestik dan antarabangsa yang gemarkan pengalaman authenticâ

FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta seperti pasar tani bergerak, pemeriksaan kesihatan, penubuhan homestay, khidmat nasihat berkaitan pinjaman perniagaan, kaunter pembayaran saman dan lain-lain

Penglibatan pelbagai agensi dalam memberi khidmat kepada masyarakat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan, PDRM, ATM, Tourism Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Lain-lain.

PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2023

Pesta Angin Timur merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2011, yang mana ianya bertujuan untuk mendekatkan masyarakat khususnya di bahagian utara tanah air dengan pelbagai kegiatan seni, budaya dan warisan. Program ini mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke Negeri Perlis.


IFTAR@KL

Iftar@KL merupakan aktiviti berbuka puasa yang dilaksanakan bagi mengimarah dan memakmurkan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah bagi umat Islam dan secara langsung menyemarakkan aktiviti seni, budaya, warisan dan pelancongan islam kepada khalayak khususnya pelancong tempatan dan antarabangsa.

ESTIVAL KESENIAN RAKYAT KELATE 2023

Festival Kesenian Rakyat Kelate merupakan sebuah program yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan tradisi masyarakat pantai timur khususnya Kelantan. Keunikan festival ini akan diterjemahkan dengan kepelbagaian aktiviti seni budaya warisan dan pelancongan masyarakat di Kelantan.


FESTIVAL KOTA SELATAN 2023

Festival Kota Selatan yang menggabungkan seni, budaya dan warisan tiga negeri zon selatan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Program ini adalah landasan cerminan keutuhan seni dan budaya tradisi negeri-negeri tersebut yang akan menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini akan memaparkan gabungan elemen seni, budaya dan warisan yang menjadi identiti negeri masing-masing.

TEMASYA BUDAYA NEGERI PERAK

Temasya Budaya Negeri Perak mengangkat keindahan seni, budaya, warisan dan pelancongan yang terdapat di negeri Perak melalui kepelbagaian kaum dan etnik. Ia merupakan rangkuman dari pelbagai aspek meliputi budaya, etnik, agama, dan amalan tradisi setempat, yang membawa kepada kesatuan kebudayaan bersifat nyata. Temasya Budaya Negeri Perak secara langsung mendekatkan pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian seni budaya warisan dan pelancongan.

FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA@KUALA LUMPUR

Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional yang semakin terpinggir untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. Ia secara langsung akan menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia.

FESTIVAL KESENIAN PERIBUMI MALAYSIA

Merupakan program yang mengetengahkan keunikkan pelbagai etnik, warisan, bahasa, kepercayaan dan amalan orang asal dari pelbagai negara di seluruh dunia. Penganjuran program ini dilihat dapat menjadi salah satu elemen tarikan pelancong dan mampu untuk memberi impak kepada industri pelancongan negara menerusi penyerlahan seni dan budaya Orang Asal dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

FESTIVAL SENI HIDUP

Rasakan denyutan nadi kepelbagaian kesenian tempatan dan antarabangsa dalam Festival Seni Hidup @ Living Arts Culture Festival (LACF). Satu – satunya festival yang menghimpunkan warisan tidak ketara yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan kesenian yang memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat.

RHYTHMS OF KINABALU (ROK) 2023

Rhythms Of Kinabalu merupakan program penyemarakkan dan pemeliharaan kesenian tradisi khususnya negeri Sabah. Program ini diadakan bagi mendekatkan masyarakat khususnya di Sabah dengan kegiatan seni budaya di samping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni di Sabah mempamerkan lagu-lagu karya tempatan dan lagu-lagu etnik berkonsepkan World Music.


FESTIVAL GENDANG SARAWAK

Merupakan sebuah program untuk menyemarak dan memelihara seni budaya di samping memaparkan keunikkan Gendang Melayu Sarawak. Aktiviti seni budaya yang dizahirkan melalui festival ini juga berupaya menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong. Festival Gendang Sarawak menyerlahkan pengisian seni budaya yang menarik dan unik melalui acara utama dan pelbagai aktiviti sokongan.

Views: 17

Comment

You need to be a member of Iconada.tv 愛墾 網 to add comments!

Join Iconada.tv 愛墾 網

愛墾網 是文化創意人的窩;自2009年7月以來,一直在挺文化創意人和他們的創作、珍藏。As home to the cultural creative community, iconada.tv supports creators since July, 2009.

Videos

  • Add Videos
  • View All