攝影作品:沙巴丹南毛律人豐收節慶典
攝影家    :  北婆羅洲人文關懷攝影家劉富威

《愛墾敘事學慕課》推薦精彩文獻,歡迎學習:



Rating:
  • Currently 4.75/5 stars.

Views: 401

Comment

You need to be a member of Iconada.tv 愛墾 網 to add comments!

Join Iconada.tv 愛墾 網

Comment by 慕課 庫 on January 29, 2024 at 12:23am
CERITA LISAN DAN PELANCONGAN

Jika ditinjau dari kajian yang terdahulu, Haron Daud (2011) pernah memperkatakan tentang perkaitan antara tradisi lisan dan pelancongan di Malaysia. Beliau telah menyarankan beberapa perkara supaya setiap tradisi lisan itu diangkat kembali dan ditempatkan di suatu tempat seperti perkampungan budaya untuk menarik kedatangan pelancong. Walau bagaimanapun, kajian Haron Daud tersebut hanya memfokuskan kepada tradisi lisan yang berbentuk persembahan sahaja seperti dikir barat, mak yong, main puteri, boria, wayang kulit dan lain-lain lagi.

Kelainannya, makalah ini secara lebih khusus akan memfokuskan cerita lisan atau sesetengahnya yang bersifat legenda yang berkaitan dengan sesuatu tempat yang terkenal sebagai tempat pelancongan di zaman kini sama ada di Malaysia dan di Singapura.

Jika difikirkan, agak aneh untuk mengaitkan keduadua bidang yang kelihatannya agak berbeza dari sudut dan perspektifnya. Hal ini pernah disuarakan secara sinis oleh Haron Daud (2011) apabila beliau menyebut:

Dalam konteks Malaysia didapati hubungan tradisi lisan dengan pelancongan semacam dipisahkan oleh satu jurang yang dalam dan luas, dan dalam situasi hidup mati. Pelancongan sedang berkembang maju sedangkan tradisi lisan sedang mencari lubang kubur untuk disemadikan.

Pada hakikatnya memang agak asing jika dibandingkan kedua-dua bidang ini, apatah lagi untuk digandingkan bagi menjalankan satu peranan yang besar. Namun demikian, jika dilihat dari satu sudut yang positif, cerita lisan yang berbentuk naratif sememangnya mampu menarik perhatian khalayak.

Segala yang berbentuk cerita mampu memberikan hiburan dan tatapan kepada khalayak sama ada di zaman silam ataupun di zaman kontemporari. Media hiburan seperti filem atau drama pun sememangnya bertolak daripada cerita. Hanya bagaimana kaedah cerita lisan itu dimanfaatkan untuk pelancongan sahaja yang menjadi cabarannya. Dalam konteks pelancongan pula, cerita lisan mempunyai perkaitan apabila sesuatu tempat yang dikunjungi itu turut memiliki cerita yang tersendiri. Cerita itu pula bukanlah cerita yang baru tetapi cerita-cerita yang telah diungkapkan oleh masyarakat silam dan ia diketahui oleh masyarakat setempat. Cerita-cerita yang berkaitan dengan sesuatu tempat pelancongan yang menarik seolaholah muncul sebagai satu pakej. Apatah lagi jika ia mempunyai beberapa bentuk muka bumi atau unsur alam yang agak aneh dan seterusnya ada cerita yang menghuraikan dan menerangkan keadaan tersebut. Cerita-cerita lisan yang berkait dengan sesuatu tempat itu memang pernah diungkapkan oleh beberapa pengkaji sebelum ini.

Comment by 慕課 庫 on January 27, 2024 at 3:17pm

Mohd Khalid Taib (1991) telah menggariskan beberapa kategori kecil dalam menentukan sifatsifat cerita atau legenda asal usul sesuatu tempat:

  1. Berunsur historiografik: masih rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan
  2. Berunsur tokoh istimewa: tokoh yang menjadi pengasas di sesuatu tempat, memiliki kuasa luar biasa seperti memiliki sifat wali atau keramat

    3. Berunsur tanda-tanda alam yang masih dapat dilihat pada bentuk-bentuk tertentu pada sisi alam semula jadi

    4. Berunsur cerita orang tua-tua: tokoh, aksi watak, latar masa, dan latar tempat lebih mirip kepada apa yang wujud dalam genre cerita rakyat.

Dalam konteks cerita lisan di Malaysia dan Singapura yang dikaji banyak berkaitan dengan ciri ketiga dan keempat iaitu penamaan tempat yang berkaitan dengan bentuk muka bumi seperti Cerita Gunung Mat Cincang di Langkawi yang dikaitkan dengan rupa bentuk gunung dan juga Cerita Pulau Ubin di Singapura yang dikaitkan batu-batu di pulau tersebut. Manakala ciri keempat pula lebih mendominasi cerita-cerita lisan ini kerana kebanyakannya memang kisah-kisah yang mempunyai plot, watak, aksi yang menarik dan mendebarkan. Ciri ini jelas terpapar dalam Cerita Pulau Kusu mengisahkan tentang watak binatang dan manusia yang bertemu dalam keadaan genting di laut, manakala Cerita Merlion di Singapura juga turut memunculkan watak sejenis makhluk aneh yang berjaya menentang kuasa alam. Cerita Mahsuri, Batu Kapal dan Tok Syeikh di Kedah pula menjelmakan watak seorang wanita yang luar biasa, watak gergasi yang boleh menyumpah menjadi batu dan juga watak orang alim yang dianggap keramat. Berikut adalah beberapa cerita lisan berkaitan pelancongan yang dikumpul melalui kajian lapangan / wawancara informan dan juga melalui koleksi yang termuat dalam beberapa laman web.

SINGAPURA CERITA PULAU KUSU (KUSU ISLAND)

Diceritakan pada awal abad ke-19 dua orang pengamal agama telah datang ke Pulau Kusu untuk tujuan pertapaan. Seorang Arab bernama Dato Syed Rahman dan seorang Cina bernama Yam. Suatu hari Yam jatuh sakit. Makanan mereka juga mula kehabisan. Syed Rahman tidak tinggalkan Yam keseorangan dan terus berdoa untuk kesembuhan Yam. Secara tiba-tiba muncul sebuah kapal yang penuh dengan makanan dan Yam pula sembuh sepenuhnya. Mereka anggap pulau tersebut penuh dengan kebaikan.

Dalam satu lagi versi, dikatakan dua orang nelayan, sorang Melayu dan seorang Cina telah dilanda ribut yang kuat dan tercampak ke laut. Namun secara tiba-tiba muncul seekor kura-kura gergasi dan menjelma sebagai sebuah pulau. Nelayan tersebut berjaya naik ke pulau tersebut dan selamat daripada lemas. Untuk membalas jasa kurakura yang dianggap suci itu mereka telah membina tempat ibadat untuk orang Cina dan juga tempat ibadat untuk Orang Melayu di atas pulau tersebut.

CERITA PULAU UBIN

Pada zaman dahulu dikatakan ada tiga ekor binatang iaitu gajah, katak dan khinzir telah mencabar antara satu sama lain untuk berenang menyeberangi ke pantai Johor dari Singapura. Namun mereka berjanji, sesiapa yang gagal akan menjadi batu. Percubaan oleh katak telah gagal, katak akhirnya bertukar menjadi batu dan itulah Pulau Sekudu (Pulau Katak).

Manakala gajah dan khinzir juga gagal menyeberangi dan kedua-duanya bertukar menjadi batu serentak dan itulah terjadinya Pulau Ubin. Nama ubin itu sendiri dikaitkan dengan batu-batu.

Comment by 慕課 庫 on January 25, 2024 at 9:05pm

MERLION

Diceritakan pada suatu malam penduduk yang tinggal di selatan laut Temasek terkejut dengan ribut yang kuat dan ombak yang sangat ganas. Awam hitam telah muncul dan menutup sinaran bulan sehingga keadaan menjadi gelap gelita. Penduduk yang ketakutan hanya mampu berdoa untuk keselamatan mereka.

Namun tiba-tiba kelihatan satu cahaya di tengah laut muncul. Muncul kelibat satu makhluk aneh iaitu separuh badan singa dan separuh ikan sedang mengaum ganas seakan-akan sedang mencabar alam yang gelap itu. Alam terus menyerang makhluk tersebut dengan kilat dan halilintar. Penduduk sangat takut dan tidak pernah melihat fenomena tersebut. Lama-kelamaan alam kembali cerah dan ribut berhenti serta air laut menjadi tenang semula. Makhluk itu meraikan kejayaannya dengan berdiri di atas Gunung Imbiah di Pulau Belakang Mati atau Pulau Sentosa sehingga keesokan harinya. Selepas itu Merlion kembali ke laut dengan meninggalkan jejak yang bercahaya di belakangnya.

Namun demikian, ada versi cerita Merlion yang lain. Merlion itu dikatakan seekor binatang yang ditemui oleh Sang Nila Utama semasa pembukaan Temasek. Kepala singa itu sebagai simbol kemegahan negara, manakala ekor ikan itu sebagai simbol Singapura sebagai pelabuhan terkenal. (dilakarkan berhampiran patung Merlion)


MALAYSIA
CERITA LEGENDA MAHSURI DI PULAU LANGKAWI

Mahsuri merupakan seorang wanita yang telah difitnah oleh seorang penghulu yang bernama Wan Yahaya dan memakai gelaran Datuk Pekerma Jaya.

Punca fitnah adalah atas dasar iri hati isteri penghulu tersebut iaitu Wan Mahora kerana Mahsuri seorang yang cantik dan sering mendapat perhatian ramai

lelaki termasuk suaminya. Mahsuri telah difitnah berkelakuan sumbang dengan seorang perantau ketika suami Mahsuri tiada di rumah. Tanpa usul periksa penghulu telah jatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri. Semasa ditikam darah putih telah memancut keluar dan ketika itulah Mahsuri telahmenyumpah Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan.

CERITA GUNUNG MAT CINCANG DI PULAU

LANGKAWI

Dipercayai zaman dahulu ada dua orang yang gagah perkasa. Ada versi mengatakan mereka itu gergasi yang bernama Mat Cincang dan Mat Raya. Suatu masa kedua-dua anak mereka ingin berkahwin.

Maka segala persiapan dan makanan disediakan dengan begitu hebat. Namun tiba-tiba berlaku pergaduhan besar antara Mat Cincang dan Mat Raya. Akibat amukkan itu habis belanga di lempar ke bawah oleh Mat Cincang. Belanga itu jatuh ke bawah dan pecah. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Belangan Pecah. Kemudian dilempar juga bekas makanan dan tumpah semua kuah yang telah dimasak. Kuah itu mengalir dan terhimpun di suatu tempat, itulah dinamakan pekan Kuah sekarang.

Mat Raya pula lemparkan cincin pertunangan dan jatuh ke dalam laut. Lalu tempat itu dinamakan Selat Cincin. Selepas itu muncul seorang bernama Mat Sawar yang menenangkan pergaduhan itu. Sebab itulah antara Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya, di tengah-tengahnya ada satu Bukit Sawar. (Con't Below)

Comment by 慕課 庫 on January 24, 2024 at 10:35pm

Selain itu di Singapura juga dilihat turut memasukkan Kisah Pulau Kusu dalam web pelancongan mereka tentang Pulau Kusu. Cerita tentang dua orang nelayan yang diselamatkan oleh seekor kura-kura gergasi yang akhirnya mereka membina tempat ibadat di tempat tersebut sebagai tanda kesyukuran menjadikan promosi tempat tersebut bertambah menarik. Hal ini disebabkan pulau itu sekarang memang terkenal dengan tempat ibadat dan sering dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong. Dalam konteks ini, cerita lisan secara tidak langsung menjadi salah satu sumber maklumat terhadap keadaan sesuatu tempat.

Keadaan sama turut berlaku di Pulau Langkawi, Malaysia. Promosi besar-besaran terhadap kereta
kabel (skycab) di Gunung Mat Cincang turut memuatkan cerita lisan Mat Cincang dalam beberapa web pelancongan yang berkaitan. Kisah tersebut dimasukkan secara lengkap dan boleh dibaca dengan mudah oleh khalayak apabila mengakses laman web tentang tempat tersebut. Kisah yang menceritakan tentang Gunung Mat Cincang yang pernah dihuni oleh Mat Cincang dan juga pernah berlaku pertempuran di atas sana menjadi unik kerana kereta kabel itu akan bergerak dari kaki gunung hingga ke puncak Gunung Mat Cincang. Secara tidak langsung mereka yang mengetahui cerita lisan tersebut pastinya akan terasa nostalgia kejadian silam apabila berada di puncak gunung tersebut.

Perbualan secara tidak formal dengan beberapa orang tempatan di kawasan kaki gunung Mat Cincang juga mendapati cerita tersebut cukup terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Menurut mereka, pelancong luar yang datang ke situ danyang pernah membaca cerita berkenaan pasti akan bertanyakan kisah tersebut kepada mereka.

Informan, Mat Bin Ali (69 tahun) seorang penduduk di Pulau Tuba Langkawi juga mengakui bahawa cerita lisan Mat Cincang itu memang asli dan sudah sekian lama diketahui oleh orang Langkawi.

Malah bagi beliau, cerita lisan tersebut sebenarnya lebih besar dan hebat berbanding Cerita Mahsuri kerana berasaskan cerita Mat Cincang, ia mampu

menerangkan beberapa nama asal tempat lain seperti Ayer Hangat, Kuah, Belanga Pecah dan beberapa tempat lagi. Berikut adalah beberapa laman web pelancongan yang memuat naik kisah tersebut.

Comment by 慕課 庫 on January 23, 2024 at 9:02pm


CERITA LISAN DALAM BENTUK REPLIKA DAN CATATAN DI KAWASAN PELANCONGAN

Makalah ini juga akan memaparkan bagaimana cerita lisan ini telah dijelmakan dalam bentuk replika besar di beberapa tempat pelancongan utama di Pulau Langkawi, Gunung Jerai di Malaysia dan juga beberapa lokasi di Singapura. Sebagai contoh di Pulau Langkawi, legenda Mahsuri itu masih dapat dihayati ceritanya apabila dibina Kota Mahsuri yang di dalamnya terkandung Makam

Mahsuri dan juga replika rumah Mahsuri yang dibina berasaskan saiz rumah sebenar. Manakala di sebelah makamnya pula dicatatkan kisah tersebut

supaya mudah dibaca oleh pelancong. Menurut Ku Ahmad Ku Sulong (67 tahun) yang turut dilantik menjadi jurucakap di Kota Mahsuri berkenaan, pelancong dan pelawat yang datang ke situ pastinya akan meminta beliau menceritakan kisah Mahsuri tersebut sambil melawat di makam dan juga rumah Mahsuri tersebut. Menurut beliau, cerita Mahsuri akan terus kekal kerana wujudnya tempat-tempat tersebut.

FOTO 1. Makam dan Replika Rumah Mahsuri;Sumber: Koleksi penulis 

Kawasan pelancongan di Gunung Jerai juga tidak ketinggalan menggunakan cerita lisan sebagai sumber pelancongan. Legenda Tok Syeikh dan Legenda Batu Kapal telah dimunculkan dalam bentuk catatan dan binaan di puncak Gunung

Jerai tersebut. Cerita-cerita lisan di Gunung Jerai, Kedah pernah dibincangkan oleh Mohamad Luthfi Abdul Rahman (2013) dan dikaitkan dengan dua kawasan di gunung tersebut. Cerita Legenda “Tok Syeikh” dikaitkan dengan satu kawasan yang baik dan selamat, manakala cerita legenda “Batu Kapal” dikaitkan dengan sumpahan dan kawasan yang terlibat itu dianggap kawasan yang bahaya.

Gambaran kehadiran Tok Syeikh, seorang alim yang dipercayai mempunyai keramat ditampilkan melalui sebuah telaga atau perigi yang dipercayai digunakan

oleh Tok Syeikh ketika berada di puncak Gunung Jerai suatu masa dahulu. Cerita lisan ini juga turut dicatat dengan jelas dalam Muzium Sejarah Gunung Jerai. Kisah Batu kapal dan Tok Syeikh antara yang dipaparkan dan menarik perhatian pengunjung selain daripada maklumat-maklumat umum Gunung Jerai.

Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan

Kaedah yang sama turut dikongsi oleh negara Singapura apabila mereka turut membina replika besar yang berkaitan langsung dengan cerita-cerita lisan di sana. Kisah Merlion yang menampilkan watak singa dan berekor ikan serta kisah Pulau Kusu yang unik dengan watak kura-kura gergasi telah diabadikan dalam binaan yang sangat menarik di kawasan pelancongan Pulau Sentosa dan Pulau Kusu (lihat foto 4 dan 5).

Comment by 慕課 庫 on January 23, 2024 at 9:01pm

Wujudnya replika tersebut seolah-olah cerita lisan itu terus ‘diceritakan’ kepada khalayak umum atau pelancong yang melawatdi kawasan berkenaan. Bentuk patung yang aneh sedemikian akan mengundang ghairah pelancong untuk mengetahui apakah cerita sebenar di sebalik replika itu. Dalam situasi sedemikian, pastinya seperti di Malaysia, cerita lisan Merlion dan Cerita Pulau Kusu di Singapura akan terus diingati ramai.

RUMUSAN

Berdasarkan tinjauan dan penelitian awal terhadap hubungan cerita lisan dan pelancongan di Malaysia dan Singapura, didapati cerita lisan masih lagi relevan dan berfungsi di era kontemporari ini.

Walaupun cerita-cerita lisan ini telah lama wujud dan ada sesetengahnya jarang didengari umum,

namun dengan penggunaannya di sektor promosi pelancongan seolah-olah ia mendapat sinar semula. Khalayak umum yang bukan peminat atau penggiat sastera juga berpeluang mengetahui cerita berkenaan secara menyeluruh kerana ia telah dipapar secara terbuka melalui web dan pembinaan replika secara besar-besaran.

Tinjauan awal ini juga mendapati bahawa Malaysia dan Singapura secara jelas masih tidak melupakan cerita-cerita lisan ini walaupun kedua[1]dua negara sama-sama bersaing dalam industri, pelabuhan, perniagaan antarabangsa dan lain-lain pendekatan komersil untuk menambah hasil negara.

Walaupun jika dipandang dari jarak jauh seakan[1]akan cerita-cerita lisan ini telah terkubur dalam kenangan generasi tua di zaman ini dan mustahil untuk diangkat bersama perkembangan pesat kedua[1]dua negara, namun hakikatnya ia masih relevan dan tetap bermanfaat sehingga ke saat ini dalam industri pelancongan.

Selain bersama-sama menjaga korpus cerita lisan ini, Malaysia dan Singapura juga dilihat berkongsi kaedah dalam menggunakan cerita-cerita lisan ini untuk industri pelancongan. Penggunaan media baru seperti web dan portal sangat menyerlah

dalam promosi kedua-dua negara. Ia memang selari apabila telah dipamerkan beberapa sebagai bukti tentang wujudnya usaha memuat naik cerita-cerita tersebut khusus terhadap pelancongan. Kaedah yang menggunakan teknologi ini seakan-akan menunjukkan cerita lisan itu telah berpindah dan menyebar ke pelosok yang lebih jauh dan tidak lagi terbatas dalam kelompok masyarakat persekitarannya sahaja.

Pembinaan replika yang berkaitan dengan watak-watak dalam cerita lisan ini juga turut membuktikan bahawa ia digunakan secara serius untuk mempromosikan sektor pelancongan sama ada di Malaysia atau Singapura. Usaha yang dilakukan di Taman Legenda Langkawi dan juga di Pulau Sentosa dan Pulau Kusu di Singapura membuktikan adanya siratan halus dan mendalam antara cerita dan pelancongan. Projek-projek yang menelan belanja yang tinggi sedemikian tidak

akan dilakukan jika ia tidak memberi pulangan yang baik melalui kedatangan pelancong. Dalam keadaan ini, dua manfaat yang paling ketara ialah yang pertama; korpus cerita lisan yang penting dan terkenal akan terpelihara serta terus kekal bersama binaan replika tersebut, yang kedua pula; dapatlah dibuktikan sesungguhnya cerita lisan masih lagi memberi manfaat kepada Malaysia dan Singapura di era kontemporari ini.

(Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan: Suatu Perbandingan di Malaysia dan Singapura ; Oral Story as Source for Tourism: A Comparative between Malaysia and Singapore ;by Mohamad Luthfi Abdul Rahman;International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3), 2015: 19 - 27 [http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2015-0303-02])

Comment by 慕課 庫 on January 9, 2024 at 11:09am


邱立本·民間中華·魔性·草根力

《一笑江湖》的詞曲作者祝何:年輕的神曲創造者

「科目三」是民間中華的勝利,也是草根力的勝利,將民間自發靈感,演繹為沛然莫之能禦的「魔性」,也轉化為文化中華的商業模式,超越政治,成為凝聚全球華人的肢體語言。

也許是疫情之後的報復性爆發力,需要一種帶有魔性的舞蹈,來抒發壓抑三年的鬱悶。來自廣西民間的「科目三」成為風靡國際的中國舞蹈,展現了中西合璧的肢體語言,再配上帶有強烈民族風格的曲子《一笑江湖DJ版》,節奏強烈,成為最佳的配搭,展示民間中華的最新草根力。

草根力就是草根的爆發力,凝聚民眾的智慧,開拓被「高端群體」認為是不可能的旅程,就好像貴州的「村超」,由農民來踢足球,卻踢出了世界的名堂,成為中國新的簽名。如今的「科目三」,從廣西梧州的一場婚禮開始,演繹民間的舞步和節奏,一度被官媒評論說太俗氣、太土味,但卻不怕被嫌棄,而是保持童真,「見大人則藐之」,說說唱唱,蹦蹦跳跳,卻跳出了世界級的知名度。

這也是民間中華的傳奇,追尋生活的喜悅,遠離權力殿堂的步伐,踩著老百姓的拍子。來自廣東的年輕音樂人祝何作曲和作詞的《一笑江湖》,都有新一代的豪氣,呼喚章回小說的古典靈感,寫下「劍起江湖恩怨,拂袖罩明月,西風葉落花謝,枕刀劍難眠……鬢如霜一杯濃烈」等歌詞。在歌手聞人聽書的高昂唱腔中,在搖滾樂的鼓聲低迴中,舞樂合一,煥發了一種「魔性」,讓人不得不翩然起舞,舞動江湖,也意外地在台灣產生共鳴。

這也是「科目三」的奇特效應,在台灣的選舉季節中,一些藍營的政治人物還率領選民跳起了這齣中國舞蹈,國民黨前主席洪秀柱也在短視頻上露了一手,南投縣長許淑華也和藍營候選人合跳,被一些大陸網民評論說,「科目三」可以「舞統台灣」,不戰而屈人之兵,不再需要「武統台灣」。(2024/1/1-1/7 2024年01期 I 亞洲週刊

Comment by 慕課 庫 on January 4, 2024 at 10:36pm


書寫:主觀與客觀的融合

本文想舉出最近出現的两個文學現象做為参照的例證,藉此說明現代書寫場域中有關「詩歌」與「小說敘述」的可能性。一是詩人策蘭(Paul Celan, 1920-1970)的一首重要詩作:〈死亡賦格〉(Todesfuge, 1945),另一則是因為改編成電影而再度引發討論的小說:徐林克(Bernhard Schlink, 1944-)的《我願意為妳朗讀》(The Reader, 1995)

這两個文學的例子,正可以反映二次戰後两代德國人對於納粹屠殺猶太人事件的省思。在這兩個例子當中,前者經歷並目睹了勞動營與集中營死亡的驚悚,然而更在詩作中以音樂舞蹈與槍殺死亡並列,進而「賦予德國人以雙重的大師氣質——藝術上的和杀戮中的」;而後者雖具有半自傳的性質,但也在情愛所伴隨的朗讀之後,讓作者與讀者同時進入了對於納粹德國的審判與自我反省。

「賦格」曲式是西方音樂形式當中最格式化的一種,而死亡是生命中最為慘痛的事件;至於「朗讀」的活動,則是從荷馬講述流浪與歸家的《奧德賽》開始,那是西方古典文學與文化傳統的歷史起點。

因此,藝術既可以用来抒發個人主觀的情緒感受,也可以用来描述客觀外在的現實世界,而這两個面向都足以提供我們對人自己、對真實的理解,提供記憶、並且形塑認同。
(蔡英俊·詩歌與歷史:論詩史的歷史成分及其敘述的轉向 12)

Comment by 慕課 庫 on October 11, 2022 at 10:15am


孫悟空故里炒·砸3億卻一場空

中國大陸各地方政府近年想發觀光財,流行炒作"名人故里"題材.

山西婁煩縣2010年即提出修復水濂洞、出世石等"遺跡"、斥資人民幣六千萬元(近三億台幣)打造"孫大聖故里風景區",現因擔憂回報問題而荒廢,西遊傳說果真成了傳說。

婁煩縣原想修復水濂洞、悟空出世石、猴王廟、老君廟和清涼寺等文物古建築,並新建南天門、御馬監、玉皇廟和晚照觀景台等人文景觀。

然新京報報導,兩年過去了,除綠化的五千多畝荒山與四層樓高的接待中心外,其他配套設施全未完工。

資金短缺與難以回收是問題。孫大聖景區開發負責人強俊奎指出,最大的問題就是資金缺乏,包括荒山整治和接待中心,目前已陸續投入六千多萬元。

如果要實現原訂規畫,估計要上億元以上。

當地政府並未給“孫大聖”財政支援,婁煩縣旅遊局長梁俊傑表示,從點上來看,這個景區只有一個傳說。

從面上來看,婁煩周邊沒有出名的旅遊景點,形不成旅遊環境,即使完工後,能否回收也有很大問題。

今年4月以来,一场空前绝后的“观音菩萨的选秀”,陆续在贵州、重庆、云南、广西、安徽、四川等地上演,主办方是自称“中国观音故里”的四川遂宁市。

举办的是中国观音故里形象大使暨大型歌舞杂技剧《姊妹观音》主要演员全国选拔赛。

名人故里之争是属于区域经济和文化范畴的激烈竞争,但唯独中国观音故里之争,堪称“娱乐冠军”,三百多名佳丽跻身“观音”选美活动,胜出的三人将成为年薪10万的“观音”代言人。

如此擎起“菩萨选美”旗号的故里之争,可谓空前绝后、香艳无边。

四川遂宁、河南平顶山和新疆昌吉市,均自称“观音故里”,因为基于中国的观音传说,所以,必须冠以“中国”之前缀。

去年河南駐馬店汝南縣梁祝鎮的“梁祝故里”景區風光揭牌儀式,然迄今僅有一座“梁祝故里”牌坊,一條通往“梁祝墓遺址”的道路,以及墓旁的景觀樹。

大陸與梁祝有關的“遺跡”不勝枚舉;炒作名人故里有話題性,但欠缺真實文化底蘊,傳說終究還是傳說。

不久之前,湖北襄陽政府提出要建設金庸筆下《射雕英雄傳》裡的主人公郭靖和黃蓉的雕像,造價100萬元人民幣,以此作為當地一個旅遊景點,但遭到批評和質疑,結果工程暫緩建設。

缺真實文化底蘊“必爛尾”

專家指爛尾是必然,許多政府只是把“名人故裡”當作經濟項目,為政績胡亂開工,未有周全考慮資金來源和效益。炒作名人故裡有話題性,但欠缺真實文化底蘊,傳說終究還是傳說。

專家指出,事實上,有價值的旅遊資源大致應包括人文歷史遺產、獨特自然風光、歷史名人故居或墓葬地,這3類旅遊資源的特點是真實、自然、歷史文化濃厚。

而一些“名人故裡”大都不具備這些特點,其中河南汝南縣的“梁祝故裡”也只有兩個大墳塚和一些民間故事,缺乏深厚的文化支撐。

地方政府債務高築

為提振經濟,中國地方政府投資規劃近期密集出台,7月以來已公佈的地方投資計劃涉及金額已高達7兆人民幣。

專家提醒部份地方政府早已是債務高築,加上當地經濟增長緩慢、財政收入萎縮,舊債未還再添新債,將面臨巨大債務風險。

中國廣播網報導,8月20日,廣東省出台建設海洋經濟強省的5個實施方案,共提出177個重點建設項目,總投資過兆元。

同日,重慶市發佈工業領域主要產業3年振興規劃,全市工業將累計投入1.5兆元。還有貴州3兆元“生態旅遊投資計劃”等,部份地方雖沒出台政府文件,但也發佈重點投資項目,總計達7萬億元。(台灣聯合新聞網 2012年)

Comment by 慕課 庫 on September 20, 2022 at 12:48pm


爲「漢麗寶公主」勤背書 林美芬轉戰舞台

幾乎每個舞台劇演員都有一個登上國家文化宮(Istana Budaya)的夢,去年,連國語都不太會説的林美芬卻演了5場《Takhta 3 Ratu》舞台劇中漢麗寶公主(Hang Li Poh)的角色。今年,她擠下蘇盈之主演2月13至21日演出的馬來舞台劇《Zombie La La La》,正式成爲本地華人圈第二人入主馬來舞台劇。

  • 2007年參加《我要做Model》入行後,你是如何接觸到舞台劇呢?

比賽之後,我參與了ntv7電視劇,如《時光電台》、《懼場》及《分身乏術》等作品的演出,可是當新人倍出,我的邀約就少了。這期間我試過轉到幕後,Astro的福建戲劇《家緣》就是我冩我公公的故事,也試過回家幫忙做了3年生意,但蘇盈之的一通電話,讓我再度回到了娛樂圈。

去年原是蘇盈之主演《Takhta 3 Ratu》舞台劇中漢麗寶公主的角色,但因爲檔期關係,她有5場戲沒辦法出演,所以推薦了我去面試。我的國語其實很差,面試的時候都説英語,導演都快看不 下去,但我真的很想得到這個角色,所以從下午拿到劇本開始一直背書,到晚上才面試,導演聽了,決定給我機會,我很感恩。

整個科系只有我一個華人,還是最老的一個,哈哈!不過其他同學都對我這個「kakak」很好。一開始,別人用一小時做好的功課,我要花4小時,一字 一字地翻譯和整理語法,但同學們都知道我的程度較差,平日也會借我重點筆記。我印象最深刻的是有一次考試,那一段類似古文的台詞我背了很久,在考試的時候還是忘了後半段!同學們幫我向老師求情,讓我有第二次重考的機會,可是我又在台詞的部分「卡住」,當時同學們在台下比手劃腳地給我貼士,真的讓我很感動!

籌備《Zombie La La La》時有何趣事?《Takhta 3 Ratu》開會時有五六十人,説話的速度又快,有時候我會聽不懂。可是時間很緊迫,不可能停下來解釋給我聽,幸好之後其他演員會解釋給我聽。這一次雖然我 的國語比之前好,但偶爾還是會跟不上。我記得有一次導演開玩笑説我是「sengkuang」,我以爲他是在吃沙爹要配料沙葛,引來哄堂大笑!後來他們告訴 我,是笑我糊裡糊塗、萌呆的意思。

  • 接下來的計劃?

在馬來舞台劇這一行漸漸被關注的初期,我的心情有點微妙,感覺像是被中文娛樂圈拋棄了,但蘇盈之跟我説「馬來領域其實是一塊寶地」,讓我改觀不少。 我中學畢業後曾想過專攻舞台劇,但父母認爲沒前途,所以不讓我繼續,之後我就只有在教會的舞台劇上演出,就此累積了一些小基礎。其實我沒想過接下來的發展 會是怎樣,我才剛入行舞台劇,有很多部分需要加強進修。現在因爲唸書住在學院的宿捨,所以拍戲的檔期很難安排,所以就順其自然吧!

  • 在馬來舞台劇的野心是什麼?

不能説野心,但我期望有一天我能冩、演另一版本的「漢麗寶公主」。在《Takhta 3 Ratu》中的漢麗寶公主,是一名從國外來到馬六甲,爲了獲得蘇丹的心而努力獻慇勤的人。而再更之前2004年左右,國家文化宮也有過一出漢麗寶公主的舞台劇,但那段冩的卻是漢麗寶公主對蘇丹不忠,出軌的故事。漢麗寶公主是故事裡華人的縮影,我爲這個角色做考究的時候,發現漢麗寶公主不過是個離鄉背井來到 大馬後,愛上蘇丹也愛上這片土地的女人,所以我希望有機會能改編這段歷史故事,去詮釋我心中的漢麗寶公主。

林美芬小檔案

生日日期:6月29日

身高∕體重:169公分/56公斤

出道:第一屆《我要做Model》

演出經歷:

2007-08年 電視遊戲節目《一擲千金》

2013年 《時光電台》

2014年 《懼場》、《分身乏術》

(2016年2月14日 詩華日報)

愛墾網:馬素麗故事

浪礁嶼的馬蘇麗是馬來西亞的潘金蓮? 

愛墾網 是文化創意人的窩;自2009年7月以來,一直在挺文化創意人和他們的創作、珍藏。As home to the cultural creative community, iconada.tv supports creators since July, 2009.

Videos

  • Add Videos
  • View All